Thursday, March 12, 2015

Sampai bila

Diri ini penuh dengan tanda tanya,
Penuh dengan persoalan,
Yang semestinya tidak henti-henti,
Memukul aku siang dan malam.

Tidak kira tatkala sedang belajar,
Makan, tidur, memasak sekalipun,
Apa salah aku sebenarnya?
Kenapa dia terus diam membisu?

Ingin bertanya, takut diduga,
Ingin terus mendiam,
Hati sendiri yang luka,
Sampai bila?

Aku tahu dia perlukan masa,
Aku faham dia sungguh terasa,
Kerana kehilangan yang tidak diduga,
Siapa tak sedih insan yg kita kasih pergi begitu sahaja.

Diri ini turut terkesan,
Namun memilih utk terus diam,
Dengan harapan,
Dia tidak lagi bermuram.

Senyuman itulah yang mengubat,
Senyuman itulah pemberi semangat,
Senyuman itulah yg buat aku terus kuat,
Senyuman itulah yg sering aku teringat-ingat.

Tapi kini dia terus diam,
Terlalu banyak yg terpendam,
Namun semua harus ku hadam,
Kerana rasa sayang yg mendalam.

Aku terima keputusan ini,
Terima kasih untuk itu dan ini,
Untuk segala begitu dan begini,
Tidak mengapa aku pergi.


Thanks sudi baca (: Faham? Sebarkan:D